Kumpulan kedua vaksin COVID-19 tiba di Labuan
LABUAN, 1 April — Kumpulan kedua sebanyak 600 dos vaksin COVID-19 keluaran Sinovac tiba di Lapangan Terbang Labuan hari ini untuk pelaksanaan fasa dua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di pulau bebas cukai itu.
Pengarah Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari yang hadir menerima ketibaan vaksin yang diterbangkan dari ibu negara itu, berkata vaksin tersebut akan disimpan di Klinik Kesihatan Membedai sementara menunggu fasa kedua dimulakan.
Katanya fasa kedua itu dijangka melibatkan kira-kira 27,000 individu termasuk lapisan kedua barisan petugas hadapan.
“Kami harap dapat menyegerakan pelaksanaan fasa kedua vaksinasi ini kerana bilangan mereka (yang mendaftar melalui MySejahtera) untuk fasa dua berjumlah sekitar 16,000 orang,” katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Pengerusi Pasukan Petugas Imunisasi COVID-19 Labuan Rithuan Ismail berkata mereka telah memohon kepada kerajaan agar fasa kedua di Labuan diawalkan dan dijalankan serentak dengan pelancaran peringkat kebangsaan iaitu pada 19 April ini.
Labuan antara yang terawal melaksanakan program imunisasi tersebut yang dilancarkan pada 27 Feb.
Setakat hari ini, Labuan masih mempunyai dua kluster aktif COVID-19 dengan kadar kes 2,335 bagi setiap 100,000 orang, iaitu tertinggi berbanding negeri-negeri lain di negara ini.
— BERNAMA
2 comments
Acalgalge
03/11/2022 at 12:41 AM
cialis generic buy Pryce, Khalid N
Admin SC
03/11/2022 at 3:58 PM
Thank you for your Interest at our website, glad that it’s useful for community🤗🤗🤗