Monday - Friday8.30 AM - 5.30 PM
OfficesNo. 350(A) Jalan S2 B8, Uptown Avenue Business Park, 70300 Seremban 2, Negeri Sembilan
Visit our social pages

Perak Beri Jaminan Tiada Individu Langkau Giliran Terima Vaksin – Menteri Besar - Southern Crescent Malaysia

01/03/2021by Admin SC0

Perak Beri Jaminan Tiada Individu Langkau Giliran Terima Vaksin – Menteri Besar

IPOH, 1 Mac – Kerajaan negeri Perak memberi jaminan, tiada isu melibatkan individu melangkau giliran bagi menerima suntikan vaksin COVID-19 kerana ia dilaksanakan mengikut sistem jadual yang telah dirancang.

Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad berkata justeru, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang sedang dilaksanakan ketika ini, akan berjalan mengikut perancangan bagi memastikan keadilan kepada mereka yang telah menunggu giliran.

MB BESAR PERAK
MB Besar Perak Beri Jaminan Tiada Individu Langkau Giliran Terima Vaksin

“Di Perak kita sudah buat jadual. Termasuk exco dan petugas barisan hadapan. Tiada isu ‘jump queue’. Memang ada dalam jadual asal kita. Ini bagi memastikan berlaku keadilan dalam jadual penggiliran,” katanya kepada pemberita selepas selesai program tersebut di peringkat negeri Perak di sini hari ini.

Dilaporkan, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin mahu mereka yang mempunyai maklumat tentang individu melangkau giliran bagi menerima vaksin itu agar melaporkannya terus kepada beliau.

Saarani dalam sidang akhbar itu turut ditanya keperluan exco kerajaan negeri diberi suntikan dan jelasnya, keputusan itu diambil bagi memberi contoh dan teladan yang baik kepada rakyat supaya tidak takut apabila tiba giliran mereka kelak.

Menyentuh mengenai program hari ini, Saarani berkata beliau telah menerima suntikan vaksin COVID-19 bersama 221 petugas barisan hadapan yang bertugas di pejabat-pejabat kesihatan dan makmal-makmal kesihatan di sekitar daerah Kinta.

Jelasnya, berdasarkan data Jabatan Kesihatan Negeri Perak, negeri itu telah menerima 22,230 dos pertama bekalan vaksin untuk diberikan sepanjang pelaksanaan fasa pertama program melibatkan seramai 39,760 petugas barisan hadapan yang dijangka selesai pada penghujung April ini.

“Mereka terdiri daripada 22,094 petugas di bawah Kementerian Kesihatan manakala 17,666 lagi merupakan petugas barisan hadapan daripada jabatan lain yang turut terlibat secara langsung dalam aktiviti pencegahan dan kawalan COVID-19,” katanya.

Saarani sebelum itu menjadi individu pertama di Perak yang menerima suntikan vaksin keluaran Pfizer-BioNTech yang diberikan Jururawat Kesihatan Awam Pejabat Kesihatan Daerah Kinta M.Kirage Letchemy dibantu Jururawat Klinik Kesihatan Simee Che Norhayati Hussin.

Sementara itu, Di KELANTAN, Menteri Besarnya Datuk Ahmad Yakob hari ini sekali lagi menafikan dakwaan 200 ahli Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) ingin ‘memotong barisan’ dalam senarai penerima awal vaksin COVID-19 di negeri berkenaan yang tular dalam media sosial semalam.

“Saya tidak mendapat maklumat berhubung perkara ini (ahli SUK potong barisan), kemungkinan hanya perbualan bebas di media sosial semata-mata dan tidak ada sumber yang tepat. Namun, kita sudah membuat perancangan dan persiapan dengan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) bagi melakukan suntikan vaksin esok,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin secara maya, di sini.

Ahmad akan menjadi individu pertama di Kelantan yang menerima suntikan vaksin COVID-19 pada pelancaran fasa pertama program berkenaan pada peringkat negeri itu esok. – BERNAMA

 

Admin SC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Find UsHeadquarters
Southern Crescent Sdn Bhd (1173996-H)
Extra Social NewsNews
Get in touchOur Social links
Visit and view latest information on our social media.
https://www.southerncrescent.com.my/wp-content/uploads/2021/09/00wasap-button.png
Find UsHeadquarters
Southern Crescent Sdn Bhd (1173996-H)
Get in touchOur Social links
Visit and view latest information on our social media.

Copyright 2022 Southern Crescent Sdn Bhd [1173996-H]- All Rights Reserved.

Copyright 2022 Southern Crescent Sdn Bhd [1173996-H] – All Rights Reserved.